Pengenalan

Tentang Kami

Tentang Kami

Noble School Groups

Noble School adalah merupakan kumpulan dua ILKS yang telah disatukan bagi mewujudkan satu reformasi latihan berkonsepkan industri untuk mempertingkatkan jumlah tenaga kerja terlatih di dalam industri tempatan.

Terletak di bandar Taiping – sebuah bandar warisan tinggalan 33 sejarah awal pembangunan Tanah Melayu sejak tahun 1800 yang dikenali sebagai ‘The Rain Town of Malaysia’ & merupakan pemenang Tempat ke-3 Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia di International Tourism – BORSE (ltb) Berlin, Germany 2018. Pada 16 Disember 2022 Taiping sekali lagi telah menerima Anugerah Destinasi Rekreasi Terbaik Industri Pelancongan Malaysia 2022 (Malaysia Tourism Industry Award 2022).

Noble School Groups terdiri daripada dua institusi utama yang berperanan dalam menyediakan pendidikan TVET yang berkualiti. Noble School of Engineering, yang ditubuhkan pada 10 April 2002, terletak di Kampus Kejuruteraan, Medan Bersatu, Taiping. Manakala Noble School City Campus, yang beroperasi sejak 10 Mac 2010 di Taiping Business Centre, merupakan bangunan utama dan pusat pengurusan bagi keseluruhan operasi Noble School Groups. Dengan gabungan pengalaman lebih dua dekad, kami komited untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi serta bersedia memenuhi keperluan industri.

Objektif

Penempatan Pelajar Lepasan Persekolahan

Menempatkan pelajar/belia-beliawati lepasan persekolahan menyambung pengajian dalam bidang Latihan Persijilan & Diploma sebelum ditempatkan sebagai pekerja terlatih ke dalam industri mega/sederhana tempatan atau luar negara.

Latihan dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Memberikan Latihan dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu – PPT kepada pekerja-pekerja dalam pelbagai sektor melalui pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran – Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Latihan Up-Skilling dan Multi-Skilling

Menyediakan latihan Up-Skilling/Multi-Skilling secara sambilan atau sepenuh masa untuk membantu & meningkatkan taraf kemahiran pekerja sedia ada di dalam industri bersesuaian mengikut kehendak semasa.

Visi

Menempatkan Noble School sebagai sebuah TVET College bertaraf industri untuk menyediakan berbagai latihan di bidang Kejuruteraan & Teknologi/ Tourism & Seni Kulinari bertaraf tinggi bagi melahirkan lebih ramai k-Pekerja Terlatih kepada industri tempatan/luar negara.

Misi

Menyediakan berbagai latihan Program Jabatan Pembangunan Kemahiran/ JPK-Kementerian Sumber Manusia Malaysia melalui Persijilan Dalaman/Kolaborasi Industri dan Modular bersesuaian ke[ada semua peringkat tenaga kerja sejajar dengan kehendak Industri/Negara.

Pengiktirafan

Noble School telah mendapat pengiktirafan oleh Pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia dan Perbadanan Tabung Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.