Logo

NSCC Program

Perkhidmatan Penyediaan & Pembuatan Makanan

Kod NOSS

HT-012-4:2011

Tempoh Pengajian

10 Bulan

Lokasi

Noble School City Campus

Persijilan

Diploma

Pengenalan Program

Program ini bertujuan membekalkan pelatih dengan pengetahuan asas serta kemahiran praktikal dalam bidang seni kulinari, dengan tumpuan kepada penyediaan dan penghasilan makanan secara profesional. Pembelajaran dijalankan di dapur latihan yang lengkap dengan fasiliti moden, menggunakan pendekatan hands-on yang merangkumi.
Sanitasi makanan & keselamatan dapur.
Pemakanan & nutrisi.
Teori dan teknik masakan Malaysia, Asia, Barat & antarabangsa.
Pembuatan roti, pastri & pencuci mulut.
Pengurusan operasi dapur.
Penyediaan Makanan-08
Penyajian makanan & minuman.
Perancangan menu & kawalan kos.
Perkhidmatan pelanggan & keusahawanan.
Latihan industri selama 3 bulan memastikan pelatih bersedia untuk dunia kerja sebenar dengan kemahiran teknikal dan keyakinan tinggi.

Prospek Kerjaya

Chef de Partie / Jurumasak di hotel, restoran, hospital, kapal persiaran.
Penyelia atau pembantu dapur.
Pengusaha katering / pembekal makanan.
Tenaga pengajar kulinari.
Penulis buku masakan / Food stylist.
Penyelia makanan & minuman.

Teroka Masa Depan Anda Bersama Kami

Daftar untuk Lawatan & Info!

Soalan Lazim — Diploma Perkhidmatan Penyediaan & Pembuatan Makanan

Apakah program Diploma Perkhidmatan Penyediaan & Pembuatan Makanan?

Program ini direka untuk membekalkan pelatih dengan pengetahuan asas serta kemahiran praktikal dalam bidang seni kulinari, dengan tumpuan kepada penyediaan dan penghasilan makanan secara profesional. Pembelajaran dijalankan di dapur latihan yang lengkap dengan fasiliti moden, merangkumi sanitasi makanan, pemakanan, teknik masakan Malaysia/Asia/Barat, pembuatan roti dan pastri, pengurusan operasi dapur, serta perancangan menu dan kawalan kos.

Program ini mengambil masa 10 bulan, termasuk latihan industri selama 3 bulan yang memastikan pelatih bersedia untuk dunia kerja sebenar dengan kemahiran teknikal dan keyakinan tinggi.

Pelatih akan menerima persijilan peringkat Diploma, selaras dengan Kod NOSS HT-012-4:2011.

Program ini menawarkan persijilan peringkat Diploma dengan tempoh 10 bulan, berbanding Operasi Seni Kulinari yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dengan tempoh 17 bulan. Kedua-dua program berkongsi asas kemahiran kulinari yang sama, namun berbeza dari segi peringkat persijilan dan skop latihan — lihat butiran penuh Operasi Seni Kulinari di sini.

Graduan boleh menceburi bidang sebagai Chef de Partie atau jurumasak di hotel, restoran, hospital dan kapal persiaran, penyelia atau pembantu dapur, pengusaha katering atau pembekal makanan, tenaga pengajar kulinari, penulis buku masakan atau food stylist, serta penyelia makanan dan minuman.

Program ini ditawarkan di Noble School City Campus (NSCC), Taiping, Perak. Anda boleh mendaftar minat terus di halaman ini atau hubungi NSCC di +605-808 1289 / WhatsApp +6017-861 5057 untuk mengatur lawatan kampus atau sesi taklimat.

Muat Turun Butiran Kursus