Program penuh ini bertajuk “Automotif – Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan & Servis Diagnostik Kenderaan Ringan,” memberikan latihan menyeluruh dalam penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan mengikut standard industri automotif. Modul merangkumi keselamatan bengkel dan penggunaan peralatan, sistem enjin, brek dan penyejukan, sistem transmisi dan elektrikal kenderaan, sistem gantungan dan penjajaran roda, servis penghawa dingin kenderaan, penggunaan alat diagnostik (scan tools), khidmat nasihat pelanggan, serta pembangunan soft skills dan etika kerja profesional.
Program ini mengambil masa 17 bulan.
Pelatih akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), selaras dengan Kod NOSS G-452-002-2/3:2018 serta piawaian Polisi Automotif Nasional (NAP) 2020.
Ya. Program ini merangkumi latihan penggunaan alat diagnostik (Scan Tools) untuk mengesan dan menyelesaikan masalah kenderaan mengikut standard industri automotif semasa.
Graduan boleh menceburi bidang sebagai Juruteknik Kenderaan Ringan, Tenaga Pengajar Automotif, atau membuka perniagaan bengkel sendiri sebagai Usahawan Bengkel.
Program ini ditawarkan di Noble School of Engineering (NSE), Taiping, Perak. Anda boleh mendaftar minat terus di halaman ini atau hubungi NSE di +605-805 1389 untuk mengatur lawatan kampus atau sesi taklimat.
Hubungi Kami