Rekod Pencapaian

Membina Modal Insan, Menjana Masa Depan

Sejak penubuhannya, Noble School telah memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan di Malaysia, terutamanya melalui pelbagai kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan. Institusi ini telah berjaya dilantik dan dipercayai untuk melaksanakan pelbagai program latihan dan pensijilan profesional yang bertujuan meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran peserta.

Program-program ini menyasarkan golongan belia, tenaga pengajar, operator industri, serta kumpulan sasar lain yang memerlukan peningkatan kemahiran selari dengan keperluan semasa industri dan teknologi.
KNX-01
KNX-02
KNX-03

2023-2024

Program Tambah Nilai - Persijilan KNX Association (System Integrator & Programme Technician) bersama Pensyarah KV.

2023

Up-Skilling Persijilan KNX Association (Sistem Integrasi/ Programmer Technician) & Program Penyeliaan Pengurusan Elektrik F432-005-3:2019 (MCU-1-11) JPK-KSM kepada 108 peserta/pensyarah melalui Jalinan Kolaborasi Noble School bersama Agensi/Kolej Vokasional BPLTV-KPM.

2021-2022

UMP/NCIA - Kulinari Program kepada beliawanis Larut Matang & Selama Taiping - PASAK Negeri Perak.

2020-2021

Up-Skilling Program kepada 141 Operator Pengeluaran Toyo Tyre Malaysia / Spritzer Bhd - PASAK Negeri Perak.

2012

April: Program Pembiayaan Golongan Miskin.

2009

Mei: KSM - Program Pakej Rangsangan. Mac: KBS - Program Latihan untuk belia/beliawanis lepasan sekolah.

2006

Jun: Program Automotif, Elektrik dan Kimpalan kepada FELCRA Berhad Cawangan Perak. Mei: Kolej Risda Perak - Program Membaik Pulih / Maintenance Motorsikal.

2005

Mei: PULMAT - Program Spoken English kepada Pegawai Muda Kor Perkhidmatan Diraja.

Noble @ BPTV-NCIA

Noble @ Industri

Pengiktirafan

Noble @ BPTV-NCIA

2015 - Eksplorasi Kemahiran TVET Wilayah Utara
Program Eksplorasi Kemahiran anjuran bersama Noble School / NCIA untuk pendedahan awal Program Latihan Kemahiran TVET kepada pelajar, belia & beliawanis di negeri-negeri Wilayah Koridor Utara Malaysia.
Program Latihan Aperantis Pekerja Industri (PLAPIS-KU) bersama Noble School / BPLTV-KPM tajaan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berjaya melatih dan menempatkan seramai 271 pekerja terlatih ke industri di Wilayah Koridor Utara Malaysia.
BPTV-cover

Noble @ Industri

2021 - Latihan Juruteknik Pengeluaran Toyo Tyre
Program latihan untuk 61 orang pekerja Silverstone Bhd., bagi melatih mereka menjadi Juruteknik Pengeluaran Terlatih untuk Toyo Tyre Malaysia.
Program pengekalan untuk 80 orang pekerja Silverstone Bhd., dianjurkan dengan kerjasama Noble School / Perak ECLAT TVET Sdn. Bhd., dan ditaja oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Program ini melatih peserta sebagai Pekerja Terlatih untuk Spritzer Bhd.
Program kolaborasi antara Noble School dan Kumpulan TOYO TYRE bagi membekalkan 400 juruteknik pengeluaran terlatih kepada Toyo Tyre Malaysia – Kamunting Raya, Taiping. Program ini juga menjadi Projek Perintis bagi Program Perantisan HRDF, di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
School of Tourism & Culinary Arts bekerjasama dengan beberapa kumpulan hotel di Malaysia bagi menyediakan pelatih perantis dalam bidang Estetik, Seni Kulinari, dan Elektrikal.
Program penempatan bagi Juruteknik Automotif dan Fabrikasi Logam Terlatih di pelbagai industri dalam Wilayah Utara Malaysia (Northern Corridor).
Toyo-06
Spritzer-10

Pengiktirafan

2026 - Anugerah Institusi TVET 5 Bintang

Noble School City Campus telah dianugerahkan sebagai Institusi TVET 5 Bintang dalam majlis berprestij yang belangsung pada 11 Februari 2026 di WTC Kuala Lumpur. Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan NSCC dalam pelaksanaan program TVET bagi tahun 2024 dan 2025, yang disampaikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Noble School City Campus telah menerima anugerah “Outstanding TVET Training Provider Award (Culinary & Tourism)” dalam Malaysian Education & TVET Awards 2025, Kuala Lumpur pada Ogos 2025.
Noble School City Campus memenangi Silver Award & Bronze Award dalam pertandingan Malaysia Invention & Innovation Expo 2025 (MIX) anjuran RR Technology Solutions & Digit360 Universiti Teknologi Mara Startup Company bagi Peringkat Kebangsaan.
Noble School City Campus memenangi Gold Award, Silver Award & Bronze Award dalam pertandingan International Research and Information Science EXPO 2025 (RISE) anjuran Digit360 & Information Science Studies Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Kelantan bagi peringkat Antarabangsa.
Program Pertandingan Nasi Ulam 2024 Mengangkat Martabat Makanan Warisan Zoo Taiping & Night Safari, Anjuran Pertubuhan Wanita Ikhlas Taiping, Perak (PWITP).
Noble School City Campus telah dianugerahkan Diamond Award, Gold Award, SilverAward, Bronze Award & Top 5 Award bagi Pertandingan Inovasi 1st International Sustainability Invention, Innovation And Development On Food, Culture And Technology (ISIIDFCT) 2024 bagi katergori terbuka.
Noble School City Campus telah dianugerahkan Gold Award, Silver Award & Bronze Award bagi Pertandingan Inovasi Perisa 2024 Peringkat Kebangsaan di Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar.
Noble School City Campus telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Penarafan Tunggal Program TVET Lima (5) Bintang bagi tahun 2024 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam 3 bidang Program iaitu Seni Kulinari, Perkhidmatan Estetik Dan Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa.
Noble School of Engineering telah dinobatkan sebagai “Best TVET & Engineering School (for Human Capital Development)” dalam Malaysia Education & TVET Awards 2023, Kuala Lumpur.
Noble School of Engineering dinobatkan sebagai The Champion Private Education TVET/Human Capital for the State of Perak oleh Pangkor Dialogue Awards 2016.
pangkor dialogue awards cover.jpg
Award-1SIIDFCT
Award-Nasi-Ulam
5 Star-01

Kolaborasi

2023 - Kolaborasi Strategik TVET bersama Kolej BPLTV Zon Utara
Jalinan kolaborasi bersama Kolej Vokasional BPLTV Zon Utara meliputi Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis melalui Program Persijilan Profesional KNX Association dan Program Penyeliaan & Pengurusan Elektrik JPK-KSM (F432-005-3:2019) dengan pembiayaan Perkasa TVET-1.0 PTPK. Perluasan kolaborasi dirancang bersama 27 KV Zon Tengah, Selatan & Pantai Timur serta sebuah PB di Melaka melibatkan 200 peserta di bawah Skim Pembiayaan TVET Berimpak Tinggi 2025.
KNX-04
KNX 05.jpg